Tuesday, May 3, 2011

Hari Buruh di Pulau Aman...

1 Mei 2011 baru-baru ni kan Hari Buruh yang mewajibkan semua pekerja di Malaysia bercuti..kalau tak cuti, majikan diharuskan membayar gaji double...yana pun cuti la hari tu..hari Sabtu tu kakak yana yang dari Jitra balik Kulim...diorang sepatutnya akan ke Lumut hari Ahad tu sebab ada family day Nismo Club..kawan-kawan tau apa Nismo Club ni?alaaa...kelab kereta Nissan tu..tapi diorang tak jadi pegi plak..tak tau la sebab apa kan..

Malam Sabtu tu masa tengah makan malam ramai-ramai...kami pun tanya la..esok nak pegi mana jalan-jalan?tetiba ada yang bagi cadangan pegi Pulau Aman..kitorang pun tak ada yang penah pegi sana, orang cakap mee udang kat sana sedap..wallahualam la kan..Abah yana ni susah sikit kalau bab jalan-jalan ni..kalau cuti sekolah pun duduk rumah je la..ingat lagi masa budak-budak dulu, kalau cuti sekolah pun tak pegi mana-mana..kalau berjalan pun, pergi berkelah jer..mandi sungai..masa tinggal kat Port Dickson selalu pegi berkelah kat tepi pantai je la..pantai Teluk Kemang tu..mandi tengah-tengah panas..patut la kecik-kecik tu kami semua ni gelap..selalu berjemur...haha..bila dah pindah Kulim ni, selalu berkelah dekat Air Putih Junjung dan Sedim jer...

Malam tu Abah tetiba semangat,

Abah "Jom, nak pegi mana esok"
Adik (zaty)"Jom p Pulau Aman"
Yana''Jom2..abah belanja"haha..

So, malam tu decide nak g Pulau Aman...

Kami pegi 2 biji keta, hsbnd yana tak ikut sebab dia kena kerja pagi..dah sampai tu kena berebut-rebut naik bot..masa tengah tunggu naik bot tu, sempat lagi si Airis ni "membuang"...haha....dah sampai seberang sana baru boleh basuh...kat atas bot tu, Aqilah anak kakak yana ni nangis-nangis mungkin sebab takut kot, dengan bunyi bot tu kuat...dah nak dekat sampai baru dia diam..setel kan si Airis ni dulu baru jalan-jalan...penat woo...dah la kena bawak perut lagi satu...hahah..maksudnya bawak si Airis ni guna carrier baby..tak ada ganti-ganti pun, sebab masing-masing ada benda yang kena bawak...


Airis yang awal-awal lagi dah tido, ni baru on da way pegi ni..
Menunggu driver2 parking kereta
Tunggu di bawah terik matahari
Ni abang ipar yana dengan anaknya Aqilah

Penat berjalan, jauh parking sebab banyak sangat kereta
Airis dengan mama without ayah..huhu....
waa...jauh lagi..
 
Posing sikit...
Duduk pun kena berhimpit-himpit

Budak ni la yang nangis-nangis takut naik bot

Ni abang dia, muka pun muka takut jugak

Zaty, Abah, dan Adam (adik bongsu)

My mother






















































Sedang "menyetelkan" Airis..tetiba mengamuk budak ni...

Pegi Telaga Emas...Airis dah tertido dah masa ni..penat berjalan kot, macam la dia berjalan sangat..haha...pas tu sume dah lapar..patah balik sebab nak pegi cari makan..kitorang pun makan la dekat Restoran Terapung Pulau Aman...

Jalan-jalan...

Jumpa pokok sukun tertua di Malaysia

Masa ni ok lagi...jalan depan sikit, tengok-tengok dah terlentok lena

Ni la sejarah Telaga Emas

Ni la rupanya Telaga Emas tu
Masa ni dah patah balik nak pergi cari makanan

Tunggu turn untuk dapatkan meja...

Tengok....ramai sampai kena beratur, kami booking meja 27 ni..

Ni la restoran nya
Menu istimewa dia mee udang..fuuuhhh..nak makan pun kena beratur sebab tak cukup tempat...lama jugak la duduk dekat situ baru dapat meja dan makanan...nasib baik sedap..tak ada la rasa tension sangat..sangat enjoy makan kat situ dengan deruan angin pantai yang sejuk dan nyaman...kuat plak tu..rasa best jer..yana makan bihun udang sebab baru lepas bersalin kan..mee-mee ni kena pantang..tapi pantang pun pantang yang yok jer..hihi..

Makan pulak kena makan laju-laju..tak leh nak menikmati langsung..yela kan, Airis ni mintak m.long dia tolong pegangkan dulu sebab bihun yana sampai dulu..nanti dia pulak nak makan...memang ekspress la makan..tak pandang kiri kanan dah..haha..pandang pun time nak tangkap gambar jer..hihi...habis je semua orang makan kami pun amik keputusan nak balik...sempat jugak akak yana grab udang lipan..besar-besar woooo udang dia...dia beli RM20, ada la 10ekor...tu pun dia amik yang kecik daripada yang besar-besar tu, kecik pun tak ada la kecik sangat..kalau yang besar tu brapa RM tak tau la...mau berpuluh-puluh ringgit tu..

Peace....
Tadaaa....dah licin...hehe


Sebelum balik tu tetiba

abah yana tanya.."pas ni nak pegi mana pulak?"..
yana dalam hati "wahh, sakan dia nak berjalan...selalu susah macam ni"...
kami"jom-jom p jusco ke tesco ker..."....

Aqilah ni mengamuk-mengamuk sebab dia tak boleh tido, akhirnya atas bot nak balik dia pun terlena...


So, on da way balik tu singgah la kejap Tesco Kulim yang baru buka tu...beli barang untuk masak malam nanti..kami beli siput belitong...lama tak makan, last makan masa pregnant dulu, tu pun ada my fren yang baik hati tolong belikan, masa tu bulan puasa..tetiba miss my fren Norasmayati yang tengah training Inspektor polis kat PULAPOL.

Malam tu kami makan seafood la...haha..seafood la sangat..masak lemak siput belitong (eh, siput belitong ni dari laut ke sungai?confius jap..hihi), udang lipan masak goreng dan ikan goreng..

Kakak yana balik Jitra malam tu jugak....pas je dia balik, kami pun tido...esok kena kerja..huhu...penatnya...Airis sepanjang hari tu tido je..jaga pun sekejap-sekejap jer...pastu malam tu tido lena sampai ke pagi..macam dia tu penat sangat...haha..Airis..Airis...

Lepas ni nak pegi mana pulak eh?ada cadangan???Anyone??hehe..




Mama Airis With Love
..SETIAP MANUSIA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA..TERIMALAH DIRI SEADANYA..

No comments:

Post a Comment

:: Terima kasih atas komen anda :: ^_^
:: Feel free to komen lagi :: *_*

:: SEHATI SEJIWA ::

Daisypath Anniversary tickers

:: YANA JR. ::

Lilypie First Birthday tickers