Friday, September 30, 2011

Jom Join Bloglist Ini Blog Bui

Jom Join Bloglist Ini Blog Bui...
Klik je kat banner tu kalau nak join jer..
Syarat pun senang jer...



Sebab-sebab yana join...
Nak menambahkan kenalan dan memeriahkan blog INI BLOG BUI ni...

..SETIAP MANUSIA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA..TERIMALAH DIRI SEADANYA..

Apa motif awak ni??

Wah..tajuk cam tengah gaduh dengan orang je kan?
Hehe...tak ada la..

Sebenarnya ada satu pagi ni..time nak pergi kerja..hujan agak lebat la jugak..
Baru lepas hantar Airis pergi rumah pengasuh dia (Kak Zah)
Then, sampai dekat satu trafiic light..lampu tengah merah masa tu...
Masa tengah menunggu...ada satu motor ni datang dari arah yang sama...berhenti dekat traffic light..
Tetiba terpandang dekat pembonceng dia..apa hal pulak ni??
Dah la hujan tengah lebat, boleh pulak dia tak pakai baju...

La ishh....apa motif dia?

Tak nak bagi baju dia basah ker?
Haha..tak paham sungguh la..pastu dok peluk tubuh~~sejuk...
Selamba badak je dia..badak pun tak selamba macam tu..hahaha..
For sure la..mesti semua orang tengok dia la...


Ada jugak eh orang macam ni...
-
-
-
Haha...~~~

..SETIAP MANUSIA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA..TERIMALAH DIRI SEADANYA..

My baby demam~~3

Alhamdulillah.........
harini demam Airis dah berkurang banyak sangat..
Semalam pun dia dah aktif..boleh merangkak pergi sana, merangkak ke sini...
Jerit sana..jerit sini...
Semalam yana kerja petang.masuk pukul 2 sampai pukul 10..
sekarang ni dekat-dekat time student medical ni nak exam, so kn extended hour la library ni...
Sampai rumah semalam pukul 10.30...
Buka-buka pintu, tengok...elok je si Airis ni duduk atas sofa sebelah pakcik dan pak su dia..
Tengah tengok pak cik dan pak su dia main game...
Pas pak teh dia bagitahu..."Airis..tu mama dah balik"....
Dia pun pusing kepala tengok yana..pastu dok senyum-senyum....
Bila yana jalan terus je tak ambik dia, terus menangis...akal nak suruh yana dukung dia la tu..
Mesti dia rasa rindu kan.."mana la mama aku ni pergi" tu yang bila nampak je yana balik, dia buat-buat nangis...

"tunggu la kejap..mama nak simpan beg dalam bilik dulu"....dia tetap nangis jugak..
Nangis style sedih yang amat sangat la...bila dah dukung tu, senyap la...tahan la duduk atas yana kejap..
Lepas tu dah kalut nak turun..nak pergi dekat pak-pak sedara dia..siap jerit-jerit lagi...

Alhamdulillah, panas badan dia pun dah kurang...tido malam pun dah lena....
Pagi ni pun badan still suam-suam..hantar pergi rumah pengasuh menangis nak ikut mama pergi kerja....
Alahai Airis.....


Di pagi semalam..masih tidak bermaya

tidur lepas minum susu

yang ni malam tadi..sangat aktif..panjat sana, panjat sini

ni lagi

seronok boleh main-main...senyum airis

muka nampak lebih segar

..SETIAP MANUSIA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA..TERIMALAH DIRI SEADANYA..

Thursday, September 29, 2011

Apa kena dengan nuffnang i nie~~

Apa kena dengan iklan nuffnang yana ni eh?iklan tak ada pun...hilang pergi mana?
Ada yang tak kena ker dengan yana punya nuffnang ni?
Baru je dapat earning beberapa ringgit..huhu..sikit bebenor...
Nak jugak dapat banyak-banyak..berjuta-juta lemon.....
Kalau ada kawan-kawan yang expert pasal nuffnang ni..
boleh la bagi tunjuk ajar dekat hamba yang kurang ariff pasal nuffnang ni yer...

Apa motif letak gambar lemon ni??hahahaha
~~ihsan dari google...

..SETIAP MANUSIA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA..TERIMALAH DIRI SEADANYA..

My baby demam~~2

Harini dah masuk hari ketiga Airis demam..Alhamdulillah malam tadi dia tidur nyenyak..tak ada lagi gangguan macam malam yang sebelum ini..

Semalam dah pergi klinik pakar kanak-kanak...bagi ubat..tapi anak den ni susah bebenor nak makan ubat...haish...susah jugak la nak suap ubat dekat dia...pandai plak tu menyorok kn muka masa orang nak suap dia makan ubat..cara dia..dia sembamkan muka dia dekat tilam dia..pastu boleh pulak buat senyap jer..bila halakan ubat dekat muka dia, dia pusing tempat lain...

budak yang menyorok kan muka

guna cara lain *gambar kurang memuaskan..hehe


dok bersedih...
bedung dia..bagi nyenyak tido sikit..tapi dia meronta-ronta nak keluar..

 Pagi ni pun badan dia still panas..memang kurang aktif la..nak orang dukung dia jer...kalau tak baik jugak demam dia..cadang nak terus bawak pergi hospital...
..SETIAP MANUSIA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA..TERIMALAH DIRI SEADANYA..

Wednesday, September 28, 2011

My baby demam~~

Alahai sedihnya..anak mama demam..dah 2 hari dah demam..
Malam tadi memang badan Airis panas sangat...tidur pun suara berbunyi, macam menanggung kesakitan..tapi mata pejam je...sepanjang malam tu memang yana "jerlum" kepala dia dengan air asam jawa...

*jerlum=lap-lapkan kepala dengan air asam jawa...

Bila rasa kepala dia panas jer, jerlum lagi..lagi dan lagi...

Yang paling menyeramkan malam tadi tepat jam 3.00 pagi..Airis terjaga dari tidur..dia macam terkejut..terus menangis..Then yana pun peluk la dia...tetiba, terkejut lagi..dia terkejut macam nampak benda yang menyeramkan..bila terkejut, dia macam nk nangis...yang yana ni dah seram dah..ayah dia pulak kerja malam, tinggal kami berdua je la tidur dalam bilik tu..bila dia terkejut, yana pun terkejut..terus "ALLAHU AKBAR"..lepas tu..baca ayat kursi..capai handset, tengok jam pukul 3.00 pagi...terus buka ayat kursi dan surah yassin yang ada dalam handset tu...tapi Airis tetap jugak terkejut..kerap la jugak dalam 3 minit sekali..yana rasa menyeramkan je, bulu roma pun rasa meremang..mata ni jangan kata la..meliar je pandang kiri kanan sambil peluk Airis....

Bila rasa cam dah tak tahan jer, nekad keluar dari bilik..masuk bilik adik yana..buka lampu...Airis yana peluk macam kita nak menyusukan badan kat dia...tetiba dia dok tengok belakang yana..terus dia macam menyorok kan muka dia dekat dada yana...macam terkejut...lepas tu, dia tengok lagi..still dia buat benda yang sama..gaya dia macam nampak sesuatu belakang yana...lama lepas tu, Airis macam dah reda sikit..yana pun terus baring sama-sama dengan adik yana..menyempit atas katil 4 orang...sambil tidur peluk Airis..tepuk-tepuk dia..dia pun macam dah lali nak tido..yana pun dah terlelap..bila rasa Airis dah ok, tak ada terkejut-terkejut lagi, yana amik keputusan nak masuk bilik yana balik...masa tu jam dah pukul 4 lebih...

Tapi benda yang sama jadi lagi..Airis still terkejut-terkejut lagi..dia pun macam tak mau tidur..yana ingat mungkin dia lapar..sebab sebelum tidur tu, Airis ada muntah..mungkin perut dia kosong, so dia lapar..yana pun pergi la buat susu..bagi dia susu..dia minum sikit, terus dia tolak..dia tak mau...tetiba dia muntah...habis semua susu keluar...alahai anak mama, jangan la buat mama sedih...badan dia memang panas sangat...tukar baju semua..bawak dia duduk dekat depan, tidurkan dia dalam buaian...dia tidur la sekejap..yana pun ingat nak tidur la sekejap sebab memang mengantuk sangat.lagi beberapa jam dah nak pergi kerja..tetiba dia terjaga, tengok gaya dia macam nak muntah..angkat dia turun buaian...tak muntah la pulak..last-last sampai ke pagi Airis dan mama tak tidur..hantar dia pergi rumah mengasuh..senyap jer duduk dalam kereta..sedih mama tengok anak mama..mata kuyu jer...rasa macam nak minta Allah tukar dengan mama kesakitan yang Airis tanggung tu..biar mama yang tanggung...

Nak pergi kerja pun rasa tak sanggup nak tinggal Airis..semua ibu mesti rasa benda yang sama macam apa yang yana rasa kan?Tadi ayah Airis dah bawak Airis pergi klinik...doktor bagi ubat dah semua..sekarang mama tak sabar nak balik, nak tengok Airis..nak peluk cium Airis...

Airis sayang mama demam nak boleh akal apa sayang...sayang nak berjalan ker?ker nak tumbuh gigi...?..mama doakan demam Airis cepat sembuh...

*baby memang boleh nampak benda-benda halus kan?tambah-tambah pulak tengah demam, badan dia lemah..apa la yang Airis nampak belakang yana tu?ish..seram sungguh la....




Airis bam bam yang demam...x sempat snap gambar dia tengah demam...

..SETIAP MANUSIA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA..TERIMALAH DIRI SEADANYA..

Thursday, September 22, 2011

Amalan Rumah Tangga Yang Bahagia

SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:


Membaca al-Quran.
Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya.
Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.



Zikir ketika masuk dan keluar rumah.
Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:
“Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan:
Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga.” – (Riwayat Abu Daud).


Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.
Firman Allah bermaksud: “Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.” – (Surah an-Nur, ayat 61).

Imam an-Nawawi berkata: “Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak.”

Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.


Zikir ketika makan dan minum.
Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan:
“Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” – (Riwayat Muslim).


Membersihkan rumah daripada gambar patung.
Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah.
Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya.

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: “Ya
Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku?
Baginda bersabda: “Bagaimana keadaan bantal kecil ini?”
Aisyah menjawab: “Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan bersandar.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya orang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.”

Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.


Membanyakkan solat sunat di rumah.
Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: “Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib.” – (Riwayat Nasai’).


Harmonikan rumah tangga.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: “Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” – (Riwayat Muslim dan Nawawi).

Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan konconya.

Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.
Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir pada waktu jimak bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi.

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa: “Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Daripada Abi Rafi’ bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. - (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud: “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat.”

Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan: “Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak.” - (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).


p/s: Mudah-mudahan rumah tangga ku dilindungi yang Maha Esa

..SETIAP MANUSIA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA..TERIMALAH DIRI SEADANYA..

GA header from LadyChenta

Jom join GA header from LadyChenta

Mana nak tau kan kot-kot jadi pemenang bertuah...leh menang header yang cantik..siap boleh pilih lagi...=)


Nak join boleh klik dekat gambar..klik SINI pun boleh....

Syarat-syarat pun senang saje..bak kata LADY AYU..pejam mata pun boleh buat...=)

1~ terbuka untuk semua follower Lady Chenta.

2~ Buatkan satu entri bertajuk `GA header from LadyChenta`

3~letakkan loga di atas

4~ komen di ruang entry serta link entry pernyataan masing-masing.

Tarikh tutup : 27 September 2011

..SETIAP MANUSIA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA..TERIMALAH DIRI SEADANYA..

Cinta Teragung

Boring boring jom layan video klip dari 
HAZAMA...CINTA TERAGUNG


Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu
Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu
Ulang Chorus
Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

mode : sedih (-__-)

..SETIAP MANUSIA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA..TERIMALAH DIRI SEADANYA..

Malam oh malam

Assalamualaikum....

Hari ini yana kena kerja malam..dari jam 2.00 petang sampai la 10.00 malam...Alahai, penatnya nak kena tunggu sampai malam...Minggu ni dah start extended hour untuk library operation sebab student dah nak exam...Sekarang ni pun mata dah mengantuk gilerrr....entah berapa ekor setan dah yang bergayut dekat mata ni...huhu...cepat la sikit masa berlalu yer..cepat la sikit pukul 10...

tik 
-
tok
-
tik 
-
tok
-

..SETIAP MANUSIA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA..TERIMALAH DIRI SEADANYA..

Thursday, September 15, 2011

Uishh...banyak nya habuk...

Assalamualaikum semua...

Lama sungguh yana tak update blog ini..Walaupun yana tak update blog nie...tapi tiap-tiap hari yana buka blog ni..Apa tujuan lak kalau tiap-tiap hari buka..tapi tak update pun...huhu

Sebenarnya tiap-tiap hari yana buka blog ni sebab nak blogwalking blog kawan-kawan yana ni la...cuma mood nak update tu je yang tidak ada...semua blog list yang yana ada tiap-tiap hari yana baca..kawan-kawan jangan lupa baca blog yana ni pula yer..dan rajin-rajin la klik-klik iklan nuffnang tu..leh dapat earning yang banyak cam kawan-kawan yang lain...^_^

Insyaallah yana akan cuba berusaha merajinkan diri meng'update' blog ni selalu yer...

Sampai berjumpa lagi....peace ^_^
..SETIAP MANUSIA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA..TERIMALAH DIRI SEADANYA..

:: SEHATI SEJIWA ::

Daisypath Anniversary tickers

:: YANA JR. ::

Lilypie First Birthday tickers