Friday, May 6, 2011

1st day ditinggalkan...

Senyum..tak perlu kata apa-apa....hehe
Hari ini Airis 1st day ditinggalkan dekat pengasuh dia...sebelum ni adik yana yang mengasuh dia
dia dah tak boleh mengasuh airis, dia pun sedang bertungkus lumus mencari kerja...
pengasuh dia ni wife kepada kawan tempat kerja hsbnd yana..
harap-harap ok la airis kat sana..
airis ni senang je jaga dia, tak banyak songeh sangat...

Pagi tadi pun masa yana bangun mandi, dia tido lagi
habis je mandi, tengok-tengok dia dah bangun
siap-siap barang, terus keluar...
dok dalam kereta dia dok senyum-senyum, main air liur...ok lagi la...
dekat-dekat sampai, dia dah merengek-merengek...oooo...nak susu rupanya,,hehe..
sampai jer, akak tu datang amik dia, senyap jer....letak dia atas tilam dia...mata tu tengok je mama dia ni...
sedih la plak..
tapi tak pe airis..kat sana ada abang dan kakak...nanti boleh main-main dengan airis...
jangan nakal-nakal yer....

Akak yang mengasuh ni  jenis suara kuat, bila menyembang tu..kuat je suara dia..hehe...
Tengahari semalam ada pergi rumah diorang ni, nak melamar la....hahaha...
melamar jadi pengasuh airis...
dia pun dukung la airis, pastu bila dia bercakap jer, airis ni tetiba "menyebek"
tau ke maksud 'menyebek" tu apa?hahaha....
maksudnya muka macam nak menangis la..terkejut la tu, dengar suara kuat sangat...hihi...
tapi tak apa la..nanti lama-lama ok la tu..sementara nak biasa kan..
semua budak-budak macam tu kan....

Hoccay la.....jaga diri elok-elok yer airis...

..SETIAP MANUSIA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA..TERIMALAH DIRI SEADANYA..

No comments:

Post a Comment

:: Terima kasih atas komen anda :: ^_^
:: Feel free to komen lagi :: *_*

:: SEHATI SEJIWA ::

Daisypath Anniversary tickers

:: YANA JR. ::

Lilypie First Birthday tickers