Banner created with MyBannerMaker.com

Wednesday, June 8, 2011

di follow orang yang tak dikenali

3 JUN 2011..Jumaat yang lepas...
Jumaat malam tu yana dengan adik yana, Zaty keluar pergi beli makanan untuk seisi rumah..
kitorang mula-mula order nasi goreng dekat restoran dekat rumah..
then pergi kedai beli barang-barang untuk mak 
lepas tu terus pergi kulim nak beli kfc...

on da way pergi kulim ni, tetiba ada sebuah kereta ikut rapat sebelah kereta yana..
kitorang dah heran dah..nape kereta ni...ikut-ikut orang pulak..
bila yana slow..dia pun slow..bila yana laju..dia pun laju...
lepas tu bila ikut belakang...dok follow rapat-rapat pulak...

masa dia ikut sebelah kereta, dia dok sengeh-sengeh pulak...
"abih la wei, satg kita sampai kfc dia ikut kita plak nnt"...

masa nak masuk simpang sebelum sampai kfc tu..
dia dh lepas ke depan..yana biar dia lepas simpang tu, baru yana masuk simpang tu...
masa tu dah lega sikit la...dia dah tak boleh ikut...

tetiba masa sampai kat satu simpang, yana tengah tunggu nak keluar simpang..
tup-tup..dia ada kat sebelah...
"b*d*h la orang ni...."
dah tak pasal-pasal kena dengan yana

masa yana toleh tengok dia, dia dok tunjuk hp...nak no. telefon la tu...
yana"dia nak mengorat hang la ni zaty"...
zaty"terhegeh-hegeh la tu"

dah sampai dekat kfc....

tiba-tiba orang tu turun dari kereta, datang dekat tingkap sebelah zaty...
zaty"weh yana, dia turun plak dah"...
yana"aku tak tau...tak payah layan" dalam kepala otak ni dok pikir nak kata apa kat budak tu....

last-last zaty buka sikit tingkap...
zaty"nak apa?"
that guy"saya nak berkawan dengan awak, boleh tak saya nak mintak no. telefon awak?"....
ayat skema gila, dengan muka malu-malu....

tiba-tiba yana bersuara....
(dalam nada yang sengau)..."thak buleh...dia sekolah lagi...nanti mak dia marahhhh..."
masa tu zaty dah toleh tengok yana..sebenarnya dia nak tergelak bila dengar yana cakap macam tu...

that guy"tak pa, saya cuma nak kawan ja, sanggup saya ligan awak dari tadi"....
yana"thak buleh laaa....nanti mak dhia marahhhh....."..masih dalam nada sengau...

last-last zaty cakap...
"saya dah kawin"

that guy"ok la, tak pa lah kalau awak cakap awak dah kawin, maaf sebab ganggu awak"...
dia pun jalan masuk kereta dia...dan terus blah...

legaaa.............

lepas tu kah..kah..kah...gelak sakan la kitorang....

zaty"aku ingat hang tak berani buat macam tu..."
yana"ntah, aku tak rasa apa-apa pun bila cakap macam tu"..."tetiba ja keluar"

masa tengah beratur kt kfc tu pun kitorang tak abih-abih lagi dok gelak..
yang paling sakan zaty la...dia memang camtu..kalau gelak tu bersungguh-sungguh..
padahal benda tak de la lawak sangat...dia punya gelak tu macam lawak sangat-sangat la...

sebenarnya masa tengah kena ikut tu, kitorang dah merancang dah,...
yana"t, hang buat-buat cakap sengau dengan dia..."
zaty"tak mau la, malu aku..hang berani ka"
yana"berani, kalau aku buat hang nak kata apa?"
last-last yana buat jugak...tu yang dia gelak sakan tu...

masa on da way nak balik
yana"mesti budak tu kata, "aku nk berkenalan ngan budak ni...yang si sengau ni menyibuk pasaipa"...haha"
zaty"ntah....pastu tak kan dia tak perasan, tadi hg kata "dia ni sekolah lagi, nnt mak dia marahhh"..."tup-tup aku kata aku dah kawin.."..haha...


budak tu gelong la tu...huhu............saja suka-suka nak kacau orang...

kepada that guy yang menaiki kereta proton wira bernombor plat TAD ****...
awasss...
lagi sekali jumpa..kena la ngan minah sengau nih....

..SETIAP MANUSIA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA..TERIMALAH DIRI SEADANYA..

No comments:

Post a Comment

:: Terima kasih atas komen anda :: ^_^
:: Feel free to komen lagi :: *_*

:: SEHATI SEJIWA ::

Daisypath Anniversary tickers

:: YANA JR. ::

Lilypie First Birthday tickers